Monday, May 22, 2017
Monday, May 22, 2017
Admin
No comments
16 Mei adalah tarikh yang cukup bermakna bagi insan yang bergelar Guru. Pada tarikh tersebut juga, 16 Mei 2017, sekolah kami telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah. Beberapa aktiviti pengisian program telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan kali ini dijalankan secara sederhana, dengan pengisian aktiviti guru dan persembahan murid. Biarpun begitu, pihak pibg sekolah telah membuat pentas dengan cukup menarik. Hiasan pentas dan jamuan makan adalah sepenuhnya dari pibg sekolah. Tidak kurang juga, pada hari sambutan tersebut, ada di kalangan ibubapa serta penduduk kampung yang hadir secara tidak langsung memberi gambaran bahawa sokongan serta sambutan terhadap apa jua aktiviti yang diadakan di sekolah. Syabas serta tahniah kepada para guru yang mendidik anak-anak terutamanya di SK Tanjong Bako. Teruskan usaha dan keazaman anda dalam kemenjadian murid-murid. Guru Pembina Negara Bangsa, terima kasih cikgu.............
Related Posts:
SKTB tiada FacebookPihak sekolah mengalukan sesiapa yang mahu berurusan dengan pihak sekolah boleh melalui email atau datang terus ke sekolah atas sebarang hal. email sekolah sktanjongbako@gmail.com Terima Kasih (Admin)… Read More
Naik tarafselamat pagi dan salam sejahtera rakan pelawat sekalian. pihak admin memohon maaf sekiranya terdapat gangguan ketika melayari blgo sekolah ini kerana pihak kami sedang mengemaskini dan menaiktaraf template dan susun atur matl… Read More
Lawatan Menteri Pendidikan Sekitar lawatan Menteri Pendidikan Malaysia YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID pada bulan mei 2016. … Read More
Mesyuarat Agong PIBG (2017-2019) … Read More
Dialog Prestasi Tahun 6 (1/2017) … Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment