Saturday, May 13, 2017

Hari Mesra Pelanggan dan Gotong Royong PIBG  yang diadakan pada 6.05.2017 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan ibubapa serta komuniti setempat. Melalui program ini, para guru berkesempatan berjumpa ibubapa murid yang hadir dalam membincangkan prestasi akademik serta peningkatan disiplin anak mereka. Selain aktiviti gotong royong seperti membaik pulih lantai kelas, membaik pulih lantai pusat sumber, menukar pancor Prasekolah, menanam bunga, membersihkan pasu bunga, aktiviti ini menjadi serampang dua mata pihak sekolah dalam menjalinkan hubungan yang mesra di antara sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir atas bantuan tenaga, perkongsian dan jalinan silaturahim serta kesepakatan dalam menjayakan program yang dirancang oleh PIBG dan pihak sekolah. Sesungguhnya sokongan sebegini adalah diharapkan dan di masa-masa akan datang akan lebih ramai lagi para ibubapa serta komuniti melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak PPD Padawan yang telah menyalurkan bantuan dari segi bahan sepert kayu, papan, pancor dan lain-lain yang telah digunakan sepenuhnya semasa aktiviti ini. 






















Related Posts:

  • Program Motivasi Pihak sekolah akan mengadakan program motivasi untuk murid tahun 6 bagi matapelajaran UPSR. Penceramah luar akan dijemput iaitu Puan Rokiah Bujang. Pihak guru berharap murid-murid tahun 6 mendapat suntikan semangat untuk … Read More
  • speed up SK Tanjong Bako web!almost i already add plugins to boost up sk tanjong bako web blog. Take part of experience to explore your searching what you want in this website. most welcome any comment to give some idea to me or you can give better plugi… Read More
  • Ahlan Wasahlan! Pihak admin ingin mengucapkan selamat datang kepada para pelawat sekalian. Pihak admin berbesar hati sekiranya ia memberi manfaat kepada pelawat terhadap kandungan yang terdapat di dalam web blog ini. Sekiranya ada komen, b… Read More
  • Terima Kasih! Baru-baru ini pihak sekolah telah menerima inventori kelengkapan sekolah. Pihak kontraktor telah menghantar beberapa meja guru yang baru termasuk meja guru di setiap kelas. Selepas beberapa hari berikutnya pihak pembekal t… Read More
  • Selamat belajar. pihak admin mengucapkan syabas kepada cikgu Norliza yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Selama 14 minggu cikgu norliza akan berkursus di maktab. Oleh kerana sekarang tidak dibenarkan lagi menc… Read More

0 comments:

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN