Monday, January 29, 2018

Pada 27 Januari 2018, Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Siri Ceramah Motivasi yang pertama untuk murid TahapII. Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Dr. Saadiah Bt. Mohd. Ali, yang mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia. Ceramah ini diadakan bagi memberi penerangan, kefahaman, penekanan serta gambaran bagi murid. Persediaan ini adalah sangat perlu agar murid bersedia dengan perubahan pada diri meraka serta mengetahui bagaimana mengatasi, melalui dan menjadi panduan dalam kehidupan mereka.
            Di samping itu, sekolah sangat berbesar hati  menerima kunjungan tidak rasmi dari Dr. Hj. Azhar bin HjAhmad, Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Banyak perkongsian ilmu khususnya dalam pentadbiran sekolah, budaya amalan terbaik serta pengalaman  telah dikongsikan kepada pihak pentadbir sekolah. Beliau juga meluangkan masa melihat persekitaran sekolah, berjumpa dengan para guru serta bertanya khabar murid.
           Bagi pihak sekolah, sangat mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah serta tetamu pada hari ini. Sememangnya kehadiran, sokongan serta penglibatan pihak NGO khususnya adalah diharapkan bagi membantu pihak sekolah dalam menyediakan murid dari semua aspek sejajar dengan kemenjadian murid yang dikehendaki.

Terima Kasih
(Seikhlas Hati Sejujur Budi)

Suasana Sepanjang Ceramah


Kunjungan Dr Hj. Azhar 
Kunjungan Ke Bilik Guru

Perihatin ... Dr Azhar membantu membetulkan tali leher murid

Perkongsian bersama Pentadbir Sekolah






Majlis penangguhan Program Transisi SK Tanjong Bako mendapat sambutan di kalangan ibubapa murid biarpun diadakan pada hari bekerja. Pada majlis itu, guru besar meminta agar ibubapa sentiasa memantau pergerakan anak di rumah di samping membantu guru dalam memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Sesungguhnya sokongan serta kolaberasi anatar pihak sekolah dengan para ibubapa adalah amat diharapkan dalam memastikan kemenjadian murid. Sejajar dengan itu, pihak sekolah sangat-sangat mengharapkan sokongan, kerjasama dan keperihatinan para ibubapa dalam menjayakan segala aktiviti dan program yang dirancangkan di sekolah.

Berkumpul Di Dewan Untuk Majlis Penangguhan

Persembahan Murid

Beberapa Anugerah yang disampaikan 
(Murid paling aktif)

Untuk Kenangan

Juadah yang dibawa sendiri oleh para ibubapa murid Tahun 1




Suasana semasa majlis penangguhan

Wednesday, January 17, 2018

LAWATAN DARI PIHAK IAB GENTING, IAB ENSTEK, IAB CAWANGAN SARAWAK & PESERTA KE SK TANJONG BAKO





Tarikh : 17.08.2017

Bil Peserta : 22 orang 

PERSEMBAHAN SILAT OLEH MURID

 Hadrah 

 Persembahan tarian Rampaian
Persembahan Tarian Poco-Poco



 Gambar Bersama Guru-guru 


 Taklimat Ringkas

  Lawatan Sekitar 

 Lawatan Sekitar 


Lawatan Sekitar 

  Lawatan Sekitar 

Aktiviti Menanam Bunga



Jamuan &  Refleksi Peserta

Jamuan &  Refleksi Peserta

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran 
tetamu sudi bertandang ke sekolah. 
Setulus Hati, Seikhlas Budi






GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN