Friday, March 27, 2009

Semalam pencalonan untuk memilih YDP dan ahli-ahlinya telah ditutup setelah beberapa hari dibuka untuk pencalonan. Hanya cikgu-cikgu dan ibu-bapa yang mempunyai anak di sekolah SKTB sahaja layak mengemukakan pencalonan. Sementara calon-calon pula hanya boleh dicalonkan sekiranya mempunyai anak-anak yang belajar di SKTB. Jadi secara automatik Cikgu-cikgu SKTB tidak layak menjadi Calon PIBG.

Hasilnya selepas dikira jumlah pencalonan jawatan YDP, Setiausaha dan ajk-ajk menang tanpa bertanding. Manakala jawatan Bendahari akan dipertandingkan pada hari Ahad ini.

Tahniah kepada Calon yang menang tanpa bertanding.

Sekian dari laptop Admin melaporkan.

Tuesday, March 17, 2009

boleh baca lanjut artikel di laman utusan online.













Nama : Puan KatikaSari binti Bujang
Kategori: SPM
Jawatan : Pembantu Tadbir Kewangan


Nama : Encik Jamaludin bin Taha
Kategori: PMR/SRP
Jawatan : Pembantu Am Pejabat N1



Nama : Kamariah binti Gapor
Kategori: STPM
Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid

Nama : Suenorati
Jawatan : Cleaner

Nama : Puan Esah
Jawatan : Cleaner

Nama : Encik Shahrizan
Jawatan: Tukang Kebun

Nama: Norliza
Jawatan : Tukang Kebun

Nama : Encik Zaidi bin Omon
Jawatan : Pengawal Keselamatan

Nama : Enick Azri
Jawatan : Pengawal Keselamatan

Nama: Encik Zaini Chee Abdullah
Jawatan : Pengawal Keselamatan

Nama : Encik Norli bi Ghazali
Jawatan : Pengawal Keselamatan

Friday, March 13, 2009

Setelah seminggu mengadakan mesyuarat Panitia Agama telah bersetuju mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini (jumaat 13/3/2009).

Pada hari ini program dapat disambut dengan jayanya. Pelbagai pihak terlibat termasuk PIBG sekolah membantu dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program sambuta maulidul rasul pada kali ini.

Panitia Agama mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyumbangkan barangan berupa hadiah bagi pertandingan yang di adakan. Terima kasih juga kepada Ketua Panitia Agama ustazah Jamayah kerana tanpa buah fikiran dan tindakan beliau sudah tentu program kali ini tidak dapat dijayakan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru akademik lain yang turut sama-sama membantu menjayakan program ini. Panitia Agama mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Dan kepada MC bidang terjun hari ini, cikgu fadli, Boleh tahan juga MC bidang terjun pun!
Kelak Kamek orang minta tolong agik.

Kepada Tukang masak kita Cikgu Khamisiah, kitak memang rajin memasak. Tekan suis je terus ON. Terima kasih banyak-banyak kerana memasak untuk kamek orang semua.

Kepada seluruh warga SKTB dan PIBG SKTB, Pihak Panitia mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha anda.

++++++++++++++++++++++++++ Tema Maulidul Rasul 2009 ++++++++++++++++++++++

Wahdah Pemangkin Khara Ummah

Friday, March 6, 2009

Pada minggu ini pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi murid-murid tahun enam bertempat di dewan sekolah. Tujuan perjumpaan adalah untuk memberi kesedaran kedua-dua belah pihak ibubapa dan murid-murid supaya mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Data-data pencapaian murid didedahkan dengan harapan mereka bersemangat untuk membaiki pelajaran mereka masing-masing.

Pada esok hari (sabtu) program KBS akan dijalankan. Pada kali ini pihak panitia agama meminta pertolongan guru-guru lain termasuk juga staff bukan akademik. Mereka bersetuju untuk menolong.

Program bermula 7.30 pagi dan tamat 1.30 petang.

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN