Thursday, April 23, 2009

Pada minggu lepas bermula kejohanan sukan tahunan di sekolah kami bermula hari rabu dan hari Ahad. Pelbagai acara dipertandingkan mengikut rumah sukan dan kelas. Untuk acara tahap satu, acara dipertandingkan ialah tiup belon, mengisi air dalam botol, Musical Chair, Bawa bola pingpong dalam sudu, mengutip gula-gula di atas kenvas.

Manakala untuk tahap dua pihak sekolah telah mengadakan acara Balapan seperti 4x100 meter, lari berhalangan dan sebagainya.

Sekolah juga telah mengadakan aktiviti untuk penduduk kampong seperti lontar peluru, 4x100 meter, dalam dalam guni berpasangan, teka gula dalam botol. Sambutan amat menggalakkan dari penduduk kampong.

Sekolah juga mengadakan aktiviti gerai jualan untuk mengisi tabung sekolah. Murid-murid dikehendaki menderma dua botol air setiap murid dan dijual lebih murah dari pasaran. Hampir semua air botol dapat dijual oleh sekolah. Selain itu juga guru-guru juga turut menyumbang barangan makanan seperti makanan ringan, air botol untuk jualan di sekolah ketika hari sukan.

Acara kejohanan ditutup dengan mengadakan cabutan bertuah berupa kipas angin, hamper-hamper sumbangan dari pembekal syarikat.

Secara kesimpulannya acara berlangsung dengan baik sekali dan mendapat semua kerjasama semua pihak baik di pihak sekolah, PIBG, Ketua Kaum, Wakil PBB dan sebagainya. Apa yang dapat kami maklumkan bahawa sukan kali sungguh meriah dan berwarna-warni dengan perbarisan lintas hormat dari murid-murid yang telah dilatih oleh RELA dan juga guru-guru rumah sukan.

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN