Sunday, May 28, 2017

Majlis makan malam sempena hari guru dan perpisah bersama manta guru besar En Tukimin Bin Selikin tellah diadakan di Kelab Golf Sarawak pada 24.05.2017. Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan penglibatan para guru dan ajk pibg, di samping kehadiran mantan guru besar En. Tukimin yang telah berpindah ke SK Buso, Bau.
Terima kasih kepada semua yang hadir, memeriahkan majlis dengan aktiviti yang telah dirancangkan oleh jawatankuasa Perayaan Hari Guru peringkat sekolah. Syabas kepada PK HEM, En. Samat Bin Muhi dan ajk beliau... Makan Malam yang cukupbermakna kepada guru, pibg serta tetamu jemputan.













Pada 24.05.2017, Kelab Kebudayaan Dan Panitia Bahasa Inggeris telah melaksanakan "I Got Talent 2.0". Antara pengisian program ini adalah Nyanyian Karaoke Bahasa Inggeris untuk Tahap 1 & Tahap II, Pertandingan Poco-poco antara Rumah Sukan dan Pertandingan Poco-poco PIBG.
Nyanyian Karaoke Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu aktiviti HIP yang dilaksanakan di sekolah. Peserta menyanyikan lagu bahasa inggeris mengikut pilihan masing-masing, setelah ditapis dan mendapat persetujuan guru bahasa inggeris. Manakala Pertandingan Poco-poco antara rumah sukan melibatkan 15 orang peserta dalam satu kumpulan. Kumpulan tersebut mestilah disertai oleh murid tahun 1 hingga tahun 6. Melalui program ini, bakat serta potensi murid sama ada dalam bidang nyanyian maupun tarian  terselah. Program ini juga mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa penganjur serta para guru-guru dan pibg yang telah berganding bahu bekerjasama menjayakan aktiviti ini.





































Tuesday, May 23, 2017


Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah dijalankan pada 17.05.2017 dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya. Taklimat kebakaran, latihan kebakaran, serta demotrasi menyelamat dan melihat serta merasai bagaimana berada di dalam kereta bomba satu pengalaman yang sangat bermakna bagi murid terutamanya murid sekolah kami yang di kategori sekolah luar bandar. Terima kasih kepada semua pegawai bomba yang terlibat pada hari tersebut. Syabas juga kepada Unit Hem serta kerjasama warga sekolah yang telah berusaha dalam merealisasikan serta melaksanakan program ini dengan jayanya.





















GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN