Program " I Got Talent" yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan SK Tanjong Bako pada 3.05.2017 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan murid sekolah. Lebih dari itu, para ibubapa serta komuniti setempat juga telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Peserta bebas mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian solo, berkumpulan, tarian berkumpulan serta tidak kurang yang mempamerkan kemahiran silat.
Pihak guru berperanan sebagai pemudahcara, penyelaras, hakim serta pemantau aktiviti ini, para ibubapa dan komuniti yang akan melatih murid dalam kategori yang mereka ambil. Syabas dan tahniah kepada Kelab Kebudayaan kerena inisatif menganjurkan aktiviti ini. Juga terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibubapa yang terlibat pada hari tersebut. Melihat kepada sambutan dari kalangan murid dan ibubapa, maka Program 'I Got Talent 2.0" akan dilaksanakan di masa akan datang yang mana penglibatan menyeluruh murid adalah menjadi fokus utama. Syabas dan tahniah atas kejayaan program ini.
Sunday, May 21, 2017
Sunday, May 21, 2017
Admin
No comments
Related Posts:
SIRI CERAMAH MOTIVASI 1 (PEDOPHILIA AWARENESS Oleh Dr. Saadiah Binti Mohd. Ali) serta Kunjungan Dr. Hj Azhar Bin Hj. Ahmad (Pengarah, BPI, KPM)Pada 27 Januari 2018, Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Siri Ceramah Motivasi yang pertama untuk murid TahapII. Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Dr. Saadiah Bt. Mohd. Ali, yang mewakil… Read More
TERIMA KASIH IABLAWATAN DARI PIHAK IAB GENTING, IAB ENSTEK, IAB CAWANGAN SARAWAK & PESERTA KE SK TANJONG BAKO Tarikh : 17.08.2017 Bil Peserta : 22 orang PERSEMBAHAN SILAT OLEH MURID Hadrah &nb… Read More
PENANGGUHAN PROGRAM TRANSISI 2018Majlis penangguhan Program Transisi SK Tanjong Bako mendapat sambutan di kalangan ibubapa murid biarpun diadakan pada hari bekerja. Pada majlis itu, guru besar meminta agar ibubapa sentiasa memantau pergerakan anak di rumah d… Read More
MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT HAJAT UPSR 2017 Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2017, sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat untuk murid-murid dan ibubapa tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pada 16 Jun … Read More
Pindah Bangunan Baru 26 Oktober 2017 … Read More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment