Pejam celik pejam celik sekarang kita sudah berada pada tahun baru 2009. Kebanyakan sekolah sudah mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah untuk tahun 2009. Sk Tanjong Bako telah mengadakan mesyuarat sebelum cuti sekolah lagi dan para guru sudah di agihkan tugas oleh Tuan Guru Besar dan pada 3.1.2009 nanti akan diadakan satu lagi mesyuarat.
SK Tanjong Bako ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada madam Antonia Te Eng semoga di tempat baru menjanjikan kelainan yang lebih baik berbanding semasa bertugas di Sk Tanjong Bako.
Sk Tanjong Bako juga mengucapkan Ahlan Wasahlan Selamat Datang kepada guru baru dikenali dengan FI sebagaimana diberitahu oleh GB kita dan seorang lagi ura-ura sk tanjong bako akan menerima guru baru. Kita tengok nanti siapa empunya gerangan.
Thursday, January 1, 2009
Thursday, January 01, 2009
Admin
1430 hijrah, Sk tanjong bako 2009, tahun baru 2009
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment