Friday, February 13, 2009

Hari ini pihak Time telah datang ke sekolah untuk menyelenggara peralatan PPSMI Fasa 4 dan 5. Beberapa kerosakan telah direkodkan dan diselenggara oleh juruteknik Time. Speaker PPSMI di bilik media telah rosak tetapi pihak Time mengatakan ia sudah habis warranty jadi pihak mereka tidak boleh buat apa-apa. Apa yang pihak sekolah tidak puashati ialah selalu sahaja pihak kontraktor terutama pihak pembekal alatan ICT menghantar barang pada hari jumaat.

Kebiasaannya waktu sekolah hari jumaat singkat jadi penghantaran dibuat secara tergesa-gesa menyebabkan pihak sekolah tidak dapat memeriksa peralatan yang dibekalkan dengan teliti sebelum pihak sekolah menandatangani sesuatu borang/dokumen penerimaan alatan ICT.
Pada 10 hingga 12 Februari pihak sekolah akan mengadakan Ujian PRA UPSR dan ujian bulanan untuk kelas lain tahun 1 hingga tahun 5. Murid-murid telah diberitahu pada isnin minggu lepas akan ujian yang akan dijalankan. Adalah diharap supaya murid bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.

Friday, January 16, 2009

Hari ahad ini (18hb Jan 2009 ) pihak sekolah dengan kerjsama PIBG akan mengadakan gotong royong perdana. Bahan-bahan seperti kayu,paku dan sebagainya telah yang dibeli telah sampai ke sekolah.

Antara Aktiviti gotong royong ini ialah:
1- membina semula titi kayu untuk ke bilik guru dengan menukar kayu berlian supaya ia kukuh.          Titi yang dibuat dulu telah reput kerana dibuat dengan kayu yang mudah reput. 
2- Menukar papan lantai di koridor blok B yang telah reput akibat terdedah kepada cuaca. Ini              membahayakan murid-murid untuk menuju ke bilik darjah.
3- Menanam bunga dalam pasu.
4- Menambah atap di tempat 'stage' di tepi bilik tahun 1 supaya lantai tahan lama. Tangga juga              akan ditukar dengan kayu berlian.
5- Membuat Rak dalam pusat sumber dan bilik media untuk menyusun bahan bantu mengajar.

Selain itu pada hari tersebut juga pihak ibu bapa akan menerima duit KWAMP 2008 sebanyak rm250 seorang. Ini bagi kegunaan anak mereka untuk membeli keperluan pembelajaran di sekolah. 






Pada 13 dan 14hb baru ini sekolah kami telah dinaiki air akibat limpahan sungai sarawak. Ini menyebabkan blok B dinaiki air sehingga buku lali. Bilik kelas tahun 2 dan 5 juga dinaiki air. Tiada sebarang kerosakan harta benda akibat banjir ini. 

Pemandangan SK Tanjong di naiki air!. 'Sekolah atas air'. 




Pada 13 dan 14hb baru ini sekolah kami telah dinaiki air akibat limpahan sungai sarawak. Ini menyebabkan blok B dinaiki air sehingga buku lali. Bilik kelas tahun 2 dan 5 juga dinaiki air. Tiada sebarang kerosakan harta benda akibat banjir ini. 

Pemandangan SK Tanjong di naiki air!. 'Sekolah atas air'. 



Friday, January 9, 2009

Pada esok hari pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan gotong royong di sekolah. Antara tempat yang hendak di kemaskan ialah bllik media, pusat sumber dan perpustakaan. Kebersihan, kekemasan dan teratur adalah sangat penting bagi keselesaan murid untuk belajar.

Adalah diharapkan bilik media dan pusat sumber memberi gambaran sebenar bilik media dan pusat sumber. Bukan dilihat seolah-olah bilik stor penyimpanan barang PPSMI.

Sunday, January 4, 2009

Pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat staf 1/2009 pada hari sabtu lepas. Pelbagai tugas telah di amanahkan kepada guru-guru.

SK Tanjong Bako juga mengalu-alukan kedatangan dua guru baru semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran di tempat baru bak kata PKHEM kena 'mesra alam'.

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN