Friday, September 5, 2008

Pada hari isnin ini pihak sekolah akan mengadakan solat hajat untuk anak-anak didik Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula hari selasa. Ini adalah ikhtiar terakhir pihak sekolah untuk membantu murid-murid menduduki peperiksaan UPSR.

Tempat: Masjid kampong tanjong bako
masa: 7.30 pagi
anjuran: Panitia Agama Islam.

Saturday, August 30, 2008

Pihak admin ingin mengucapkan Salam Merdeka buat warga guru khususnya guru-guru SK Tanjong Bako. MERDEKA! MERDEKA!

Wednesday, August 20, 2008

sedang dikemaskini.... last edited jul 2011



D/A: Pejabat Pelajaran Daerah Padawan
Lorong 17, Off Jalan Kapor, Sungai Maong Hilir,
93150 Kuching, Sarawak.

ATAU

melalui email kami sktanjongbako [@] gmail dot com





Peta SK Tanjong Bako ( Google Maps )


Sejarah ringkas SK Tanjong Bako

Sekolah Tanjong Bako yang terletak di dalam kawsan DUN N04 Demak Laut dan P193 Santubong merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah pesisir / Luar Bandar. Ini kerana lokasinya di seberang sungai Sarawak ( lebih kurang 1000m ).
Ianya mula beroperasi pada 01.01.1965 dan dinamakan Tanjong Bako D.C School. Bangunan ini ( Blok A ) mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat am.

Bagi menampung keperluan bangunan Blok B dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah yang luasnya tidak standard.

Memandangkan guru-guru memerlukan sebuah bilik guru yang lebih selesa maka sebuah bilik di Blok A telah dijadikan bilik guru. Sehubgungan dengan itu sebuah bangunan baru ( Blok C ) mengandungi sebuah bilik darjah telah dibina dan siap sepenuhnya pada awal 2003.

Secara keseluruhannya sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan bilik darjah, sebuah pejabat am dan bilik guru besar, perpustakaan, bilik media/ sumber, bilik cetak dan sebuah kuaters.

SK Tanjong Bako terletak di dalam bahagian Kuching dan dikelilingi oleh Penduduk Kampong Tanjong Bako. Ia tadbir oleh PPD Padawan dan terletak di seberang sungai/ muara sarawak. Ia antara tiga sekolah yang terletak di seberang sungai iaitu SK Bako, SK Beradek dan SK Tanjong Bako yang terdapat di sepanjang jalan menghala ke taman negara bako. Pengangkutan utama ke sekolah adalah dengan menaiki bot. Setakat ini belum ada jalan darat yang menghubungkan terus ke sekolah. (updated: Jalanraya dari Bulatan Lembaga Koko Kota Samarahan sudah di hubungkan ke sekolah pada tahun 2013 )

Sekolah telah menerima blok bangunan tambahan IBS pada tahun 2017 di lengkapi 6 bilik kelas, 1 bilik guru dan satu bilik Sains. 

Matlumat sekolah 2020

20 orang guru dan staff sokongan
178  orang murid dari PRA hingga tahun 6
100% murid bumiputera melayu islam
Sekolah kategori SKM

Di lengkapi dengan air paip KWB dan bekalan letrik SESCO.
almost i already add plugins to boost up sk tanjong bako web blog. Take part of experience to explore your searching what you want in this website. most welcome any comment to give some idea to me or you can give better plugins. I can try to explore. I like wordpress platform. Its better platform to manage my web blog and my school web blog.
anyting else? sorry to say my english many broken english. Dont play-play mah!

July 19, 2008 | Filed Under Uncategorized | Leave a Comment


pihak admin mengucapkan syabas kepada cikgu Norliza yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Selama 14 minggu cikgu norliza akan berkursus di maktab.

Oleh kerana sekarang tidak dibenarkan lagi mencari guru pengganti mungkin keadaan faktor ekonomi menyebabkan dilaksanakan langkah berjimat cermat jadi guru besar membahagikan waktu mengajar cikgu norliza kepada cikgu-cikgu lain. Menggunaka tenaga pengajar yang sedia ada.

Apa yang penting disini ialah bukan keluhan yang dikehendaki tetapi ‘produk’ yang mahu dikeluarkan oleh pihak sekolah iaitu pembelajaran murid-murid. Ia perlu di didik sebaik mungkin supaya mereka dapat menyumbang tenaga dan pengalaman kepada pembangunan negara bangsa bukan menjadi beban kepada negara.

July 18, 2008 | Filed Under Uncategorized | 2 Comments

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN