Saturday, October 9, 2010

Pihak sekolah telah selesai mengadakan program ramah tamah aidilfitri 2010 minggu lepas.
Program telah dirasmikan oleh wakil Pejabat Pelajaran Padawan.

Tahun ini sambutan diadakan secara sederhana dengan persembahan tanpa diadakan pertandingan sebagaimana tahun lepas. Ini kerana peruntukan yang sedikit dan pelbagai kekangan. Ia juga hasil dari post mortem tahun lepas jika diadakan pertandingan, ia memakan kos yang agak besar dan berlaku kebocoran yang besar dari poket guru kelas dan pembantu guru kelas.

Tahun ini program telah diadakan di dewan orang ramai di kampong tanjong bako dengan menggunakan PA system unit Saberkas.

Antara programa yang diadakan ialah:

persembahan juara pertandingan nyanyian lagu merdeka.
Persembahan Juara Puisi Merdeka
Persembahan oleh murid tahun 5 'Nazam Lebaran'
Persembahan nyanyian beramai-ramai oleh guru ' Warna warni aidilfitri'
dan juga persembahan band boy jemputan dari kumpulan Biru.

Thursday, August 26, 2010

Sambutan maulidul rasul
Solat hajat dan motivasi keibubapaan
Hari Sains 2010
Mesyuarat PIBG
Program 3K dan 5S
Teknik menjawab UPSR untuk semua subjek Teras
Program Motivasi oleh Kurshadi Network
Program Motivasi Bahasa English oleh UUM-Pace
Majlis Khatam AL-Quran anjuran bersama PIBG
Sukan Sekolah april 2010
Pelancaran Kemerdekaan 2010
English Day is Tuesday every week

Program yang akan berlangsung

1- Aktiviti kemerdekaan 30sept 2010( pertandingan lagu bertemakan kemerdekaan, sajak, melukis )
2- Spell it Right dan Kuiz. 1 okt 2010
3- Ramah Tamah aidilfitri
4- RIMUP
Sekolah telah mengadakan ujian bulanan 3/2010 untuk melihat prestasi murid-murid adakah telah berlaku peningkatan dari ujian semester yang lepas.

Guru-guru mulai sibuk menyemak jawapan murid sekarang!

Thursday, September 17, 2009


Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada warga SK Tanjong Bako dengan ucapan Bila nak buat Open House?

Thursday, July 23, 2009

Pihak sekolah telah di jemput untuk membawa murid tahun 6. Ia julung kali diadakan di luar sekolah.

tempat: Tingkat 17 Bangunan Iskandar simpang tiga
tarikh: 25 julai 2009 (sabtu)


Beberapa guru pengiring telah diatur untuk berada disamping murid sehingga petang.

Friday, May 8, 2009

Pihak pentadbiran telah mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru kelas dan pembantunya.

Antara butirnya ialah:

1- Pertandingan akan di jalankan mengikut kelas. Kelas yang paling cantik akan mendapat hadiah.
2- Guru kelas hendaklah mengadakan perjumpaan di kelas masing-masing bersama dengan ibu bapa murid dan membincangkan apa yang perlu di hias, di cat dan apa-apa yang sesuai.
3- Membahagikan tugas kepada ibu bapa murid supaya bekerjasama membantu kelas anak-anak mereka.
4- Pertandingan menyediakan makanan dan menghiaskannya juga dikira markah. Para hakim akan melawat setiap kelas untuk memberi markah.

Untuk Guru:

1- Akan mengadakan Diner dan setiap guru menyumbang sedikit bayaran.
2- Guru-guru akan bertukar hadiah dan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menentukan hadiah yang sesuai dengan nilai yang dipersetujui.

Monday, May 4, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Klik Di sini Link Download Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN