Program " I Got Talent" yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan SK Tanjong Bako pada 3.05.2017 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan murid sekolah. Lebih dari itu, para ibubapa serta komuniti setempat juga telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Peserta bebas mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian solo, berkumpulan, tarian berkumpulan serta tidak kurang yang mempamerkan kemahiran silat.
Pihak guru berperanan sebagai pemudahcara, penyelaras, hakim serta pemantau aktiviti ini, para ibubapa dan komuniti yang akan melatih murid dalam kategori yang mereka ambil. Syabas dan tahniah kepada Kelab Kebudayaan kerena inisatif menganjurkan aktiviti ini. Juga terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibubapa yang terlibat pada hari tersebut. Melihat kepada sambutan dari kalangan murid dan ibubapa, maka Program 'I Got Talent 2.0" akan dilaksanakan di masa akan datang yang mana penglibatan menyeluruh murid adalah menjadi fokus utama. Syabas dan tahniah atas kejayaan program ini.
Sunday, May 21, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment