Hari Mesra Pelanggan dan Gotong Royong PIBG yang diadakan pada 6.05.2017 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan ibubapa serta komuniti setempat. Melalui program ini, para guru berkesempatan berjumpa ibubapa murid yang hadir dalam membincangkan prestasi akademik serta peningkatan disiplin anak mereka. Selain aktiviti gotong royong seperti membaik pulih lantai kelas, membaik pulih lantai pusat sumber, menukar pancor Prasekolah, menanam bunga, membersihkan pasu bunga, aktiviti ini menjadi serampang dua mata pihak sekolah dalam menjalinkan hubungan yang mesra di antara sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir atas bantuan tenaga, perkongsian dan jalinan silaturahim serta kesepakatan dalam menjayakan program yang dirancang oleh PIBG dan pihak sekolah. Sesungguhnya sokongan sebegini adalah diharapkan dan di masa-masa akan datang akan lebih ramai lagi para ibubapa serta komuniti melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak PPD Padawan yang telah menyalurkan bantuan dari segi bahan sepert kayu, papan, pancor dan lain-lain yang telah digunakan sepenuhnya semasa aktiviti ini.
Saturday, May 13, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment