Wednesday, August 20, 2008





Peta SK Tanjong Bako ( Google Maps )


Sejarah ringkas SK Tanjong Bako

Sekolah Tanjong Bako yang terletak di dalam kawsan DUN N04 Demak Laut dan P193 Santubong merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah pesisir / Luar Bandar. Ini kerana lokasinya di seberang sungai Sarawak ( lebih kurang 1000m ).
Ianya mula beroperasi pada 01.01.1965 dan dinamakan Tanjong Bako D.C School. Bangunan ini ( Blok A ) mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat am.

Bagi menampung keperluan bangunan Blok B dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah yang luasnya tidak standard.

Memandangkan guru-guru memerlukan sebuah bilik guru yang lebih selesa maka sebuah bilik di Blok A telah dijadikan bilik guru. Sehubgungan dengan itu sebuah bangunan baru ( Blok C ) mengandungi sebuah bilik darjah telah dibina dan siap sepenuhnya pada awal 2003.

Secara keseluruhannya sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan bilik darjah, sebuah pejabat am dan bilik guru besar, perpustakaan, bilik media/ sumber, bilik cetak dan sebuah kuaters.

SK Tanjong Bako terletak di dalam bahagian Kuching dan dikelilingi oleh Penduduk Kampong Tanjong Bako. Ia tadbir oleh PPD Padawan dan terletak di seberang sungai/ muara sarawak. Ia antara tiga sekolah yang terletak di seberang sungai iaitu SK Bako, SK Beradek dan SK Tanjong Bako yang terdapat di sepanjang jalan menghala ke taman negara bako. Pengangkutan utama ke sekolah adalah dengan menaiki bot. Setakat ini belum ada jalan darat yang menghubungkan terus ke sekolah. (updated: Jalanraya dari Bulatan Lembaga Koko Kota Samarahan sudah di hubungkan ke sekolah pada tahun 2013 )

Sekolah telah menerima blok bangunan tambahan IBS pada tahun 2017 di lengkapi 6 bilik kelas, 1 bilik guru dan satu bilik Sains. 

Matlumat sekolah 2020

20 orang guru dan staff sokongan
178  orang murid dari PRA hingga tahun 6
100% murid bumiputera melayu islam
Sekolah kategori SKM

Di lengkapi dengan air paip KWB dan bekalan letrik SESCO.

1 comments:

Anonymous said...

Menjadi Guru yang komited. Guru yang mengajar di SK Tanjong Bako harus diberi penghormatan yang tinggi atas pengorbanan mereka mengajar diseberang Sungai Sarawak yang luas, bersabung nyawa dengan cuaca yang tidak menentu, air pasang surut dan kapal besar yang lalu lalang. Cabaran mendidik di sekolah Kampung berdepan dengan kerenah pelajar dan ibubapa yang berbagai. Guru-guru ini dilengkapkan dengan ilmu psikologi berdepan situasi kritikal yang mungkin pihak lain tidak dapat memahami dan hanya ego dengan sekilas pandang sahaja. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Itulah pengorban guru SK Tanjong Bako dalam perjuangan menyediakan Gerbang Ilmu untuk melahirkan Pemimpin Muda dalam masyarat setempat.

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN