Peta
SK Tanjong Bako ( Google Maps )
Sejarah
ringkas SK Tanjong Bako
Sekolah
Tanjong Bako yang terletak di dalam kawsan DUN N04 Demak Laut dan P193
Santubong merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah
pesisir / Luar Bandar. Ini kerana lokasinya di seberang sungai Sarawak ( lebih
kurang 1000m ).
Ianya
mula beroperasi pada 01.01.1965 dan dinamakan Tanjong Bako D.C School. Bangunan
ini ( Blok A ) mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat am.
Bagi
menampung keperluan bangunan Blok B dibina secara gotong royong oleh penduduk
kampong. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah yang luasnya tidak standard.
Memandangkan
guru-guru memerlukan sebuah bilik guru yang lebih selesa maka sebuah bilik di
Blok A telah dijadikan bilik guru. Sehubgungan dengan itu sebuah bangunan baru
( Blok C ) mengandungi sebuah bilik darjah telah dibina dan siap sepenuhnya
pada awal 2003.
Secara
keseluruhannya sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan bilik darjah,
sebuah pejabat am dan bilik guru besar, perpustakaan, bilik media/ sumber,
bilik cetak dan sebuah kuaters.
SK
Tanjong Bako terletak di dalam bahagian Kuching dan dikelilingi oleh Penduduk
Kampong Tanjong Bako. Ia tadbir oleh PPD Padawan dan terletak di seberang
sungai/ muara sarawak. Ia antara tiga sekolah yang terletak di seberang sungai
iaitu SK Bako, SK Beradek dan SK Tanjong Bako yang terdapat di sepanjang jalan
menghala ke taman negara bako. Pengangkutan utama ke sekolah adalah dengan
menaiki bot. Setakat ini belum ada jalan darat yang menghubungkan terus ke
sekolah. (updated: Jalanraya dari Bulatan Lembaga Koko Kota Samarahan sudah di
hubungkan ke sekolah pada tahun 2013 )
Sekolah telah menerima blok bangunan tambahan IBS pada tahun 2017 di lengkapi 6 bilik kelas, 1 bilik guru dan satu bilik Sains.
Sekolah telah menerima blok bangunan tambahan IBS pada tahun 2017 di lengkapi 6 bilik kelas, 1 bilik guru dan satu bilik Sains.
Matlumat
sekolah 2020
20 orang guru dan staff sokongan
178 orang murid dari PRA hingga tahun 6
100%
murid bumiputera melayu islam
Sekolah
kategori SKM
Di
lengkapi dengan air paip KWB dan bekalan letrik SESCO.
1 comments:
Menjadi Guru yang komited. Guru yang mengajar di SK Tanjong Bako harus diberi penghormatan yang tinggi atas pengorbanan mereka mengajar diseberang Sungai Sarawak yang luas, bersabung nyawa dengan cuaca yang tidak menentu, air pasang surut dan kapal besar yang lalu lalang. Cabaran mendidik di sekolah Kampung berdepan dengan kerenah pelajar dan ibubapa yang berbagai. Guru-guru ini dilengkapkan dengan ilmu psikologi berdepan situasi kritikal yang mungkin pihak lain tidak dapat memahami dan hanya ego dengan sekilas pandang sahaja. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Itulah pengorban guru SK Tanjong Bako dalam perjuangan menyediakan Gerbang Ilmu untuk melahirkan Pemimpin Muda dalam masyarat setempat.
Post a Comment