Bertajuk: Peranan Ibubapa Melalui Ibarah Peristiwa Israk & Mikraj)
Ustaz Abdul Rahim Bin Abol
Pada 14 April 2018, bersempena Israk & Mikraj, pihak pibg telah menjemput Ust. Abdul Rahim Bin Abol bagi menyampaikan ceramah serta berkongsi ilmu dalam Program Keibubapaan Sekolah.
Telatah dan pendekatan penceramah berjaya menarik perhatian para ibubapa. Dalam ceramah beliau juga banyak menekankan peranan ibubapa dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kualiti yang ada dalam diri anak-anak mereka khususnya dari sudut disiplin kendiri, amalan ibadah yang meningkatkan kemenjadian anak, serta tanggungjawab/ peranan ibubapa itu sendiri yang berfokuskan kepada kehidupan seharian akan membentuk kemenjadian anak itu sendiri.
Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bertandang ke sekolah bagi berkongsi ilmu bersama para ibubapa.
Pendaftaran Para Ibubapa yang hadir
Para ibubapa murid Tahap II
Sekali lagi, pihak sekolah serta PIBK sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah atas kesudian serta berkongsi ilmu bersama-sama para ibubapa murid sk Tanjong Bako, Padawan. Semoga usaha murni ini akan mendapat barakah dan membuahkan hasil.
0 comments:
Post a Comment