Monday, June 4, 2018


I Got Talent 2.1  7 April 2018 ( Peringkat Komuniti) 
MERIAH

SK Tanjong Bako dengan kerjasama pihak PIBG dan pihak luar telah berganding bahu melaksanakan Program Komuniti sekolah. Pada tahun ini program Pertandingan Poco-poco Komuniti 2.1 telah dijalankan bagi mengalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti sekolah, di samping mengrapatkan hubungan pihak sekolah dengan pihak kampung serta masyarakat setempat.

Hadiah telah disampaikan oleh PIBG yang mana hadiah adalah seperti berikut

Peringkat Komuniti :
 Johan : Wang Tunai RM150, Hamper dan piala
Johan : Wang Tunai RM100, Hamper dan piala
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM80, hamper dan piala

Insyaallah, program komuniti seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan adanya sokongan padu dari para guru-guru, ibubapa dan penduduk setempat. 












Pasukan Enang Sari

Pasukan Poco-poco SK Tanjong Bako

Persembahan Murid

Terima Kasih : Barisan Hakim dijemput khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

Kategori Rumah Sukan : Juara Rumah Kuning

Juara Poco-poco Komuniti : Pasukan Poco-poco Kapg Binyu A




SIRI CERAMAH MOTIVASI Bil: 3/2018
Encik Abdul Razak Bin Bahtrem (R.K Management & Services)

Siri Ceramah Motivasi untuk murid-murid sekolah khasnya murid tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 diteruskan setiap sabtu berdasarkan takwim sekolah. Pada Siri Ceramah Bil 3/2018 ini, pihak sekolah telah menjemput Encik Abdul Razak Bin Bahtrem (R.K Management & Services) untuk menyampaikan motivasi serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid sekolah ini.

Usaha yang berterusan ini adalah bagi menyediakan murid agar mendapat menafaat dari pelbagai aspek seperti pembentukan disiplin, keperibadian, meningkatkan semangat serta memberi kesedaran kepada murid betapa kemenjadian mereka dari sudut ketahanan mental, kecemerlangan akademik dan ko akademik adalah penting bagi mengharungi masa depan yang lebih mencabar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk para guru-guru, PIBK dan ibubapa atas hubungan yang rapat segala yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Sekitar Program Motivasi Murid Bil 3/2018










SIRI CERAMAH MOTIVASI Bil 2/2018
Dr.  Nazeri Bin Abd. Rahman Bersama Pelajar Fakulti Kejuteraan UNIMAS

Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nazeri B. Abd. Rahman, Timbalan Dekan HEPA, Fakulti Kejuteraan Unimas bersama pelajarnya kerana meluangkan masa dalam Siri Ceramah Motivasi yang telah diadakan pada 10.02.2018 yang melibatkan murid-murid tahun 4, Tahun 5 Dan Tahun 6.

Di antara pengisian program ialah memberi motivasi kepada murid sekolah ini agar berusaha bagi meningkatkan akademik diri, disiplin serta teknik belajar berkesan. Di masa akan datang adalah sangat-sangat diharapkan agar program sebegini mendapat kerjasama serta sokongan dari pihak IPTA  sebagai usaha jalinan dan jaringan sejajar dengan NBOS yang telah diperkenalkan.

Terima kasih kepada pengurusan UNIMAS, Pensyarah serta para pelajar yang terlibat.


Guru Besar, Ishak Bin Hj Dahlan, Dr.  Nazeri Bin Abd. Rahman dan YDP PIBK En Zaidi Bin Omon

Dr.  Nazeri Bin Abd. Rahman Bersama Pelajar Fakulti Kejuteraan UNIMAS


Antara guru-guru yang terlibat 

Aktiviti Murid Tahap II





Penyampaian Sijil Dan Cenderamata
Terima Kasih UNIMAS

Bergambar Kenangan




SIRI CERAMAH BIL 4/2018 (Program Keibubapaan)
Bertajuk: Peranan Ibubapa Melalui Ibarah Peristiwa Israk & Mikraj) 
Ustaz Abdul Rahim Bin Abol 

Pada 14 April 2018, bersempena Israk & Mikraj, pihak pibg telah menjemput Ust. Abdul Rahim Bin Abol bagi menyampaikan ceramah serta berkongsi ilmu dalam Program Keibubapaan Sekolah.
Telatah dan pendekatan penceramah berjaya menarik perhatian para ibubapa. Dalam ceramah beliau juga banyak menekankan peranan ibubapa dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kualiti yang ada dalam diri anak-anak mereka khususnya  dari sudut disiplin kendiri, amalan ibadah yang meningkatkan kemenjadian anak, serta tanggungjawab/ peranan ibubapa itu sendiri yang  berfokuskan kepada kehidupan seharian akan membentuk kemenjadian anak itu sendiri.

Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bertandang ke sekolah bagi berkongsi ilmu bersama para ibubapa.


Pendaftaran Para Ibubapa yang hadir

Para ibubapa murid Tahap II





Sekali lagi, pihak sekolah serta PIBK sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah atas kesudian serta berkongsi ilmu bersama-sama para ibubapa murid sk Tanjong Bako, Padawan. Semoga usaha murni ini akan mendapat barakah dan membuahkan hasil. 

LAWATAN KE SEKOLAH
DR. ROSLI BIN ISMAIL
 (Ketua Sektor, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)
serta rombongan.

Pada 3 April 2018, sekolah telah menerima kunjungan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia & wakil JPN Negeri Sarawak.

Berikut adalah senarai rombongan pada hari tersebut:
  1.  Dr. Rosli Bin Ismail
  2. Datin Roba'aton Yahya
  3. Dr. Khalik Khassunah Muzir (KU, UPK, KPM)
  4. Hj. Zanol Hj Awang (KU, BPSH, KPM)
  5. En. Awang Bahtiar (KU, UP, JPN Sarawak)
  6. Intan Jamaliah Bt. Jamaluddin (PP, UPK BPPDP, KPM)
  7. Nor Ashila Abd. Latiff (PP UPK BPPDP, KPM)
  8. Muhammad Hafiz Bin Ahmad Hanif ( PP, BPSH, KPM)
  9. Alphonso Jaekea Boly (PSUK,JN,KPM)
  10. Norlia Binti Jol ( KUSR SPS JPN Sarawak)
  11. Muhd. Faisal  (Jurutera Awam JPN Sarawak)
  12. Mohd. Iskandar Mohd. Yassin (Penolong Jurutera PPD Padawan)
Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kerana sudi bertandang ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Bako, Padawan.

Setulus Hati, Seikhlas budi... 

 Pendaftaran dan Perbincangan ringkas di Pejabat Guru Besar

Untuk Kenangan : Rombongan Bergambar di Dataran Sekolah

Ciptaan Bahan Terpakai: Guru Besar menunjukkan hasil binaan para guru dan pekerja swasta menggunakan bahan terpakai

Lawatan Kawasan Sekolah

Lawatan Bangunan Baharu IBS (Makmal Sains)

Lawatan Bangunan Baharu IBS

Lawatan Bangunan Baharu IBS (Laluan Sekolah)

Lawatan Bangunan Baharu IBS (Tandas)


Jamuan 

GURU BESAR

GURU BESAR

ABANG SU'UADI BIN ABANG HAJI YAK

PK PENTADBIRAN

PK PENTADBIRAN

HARUN BIN JOHAR

PK HAL EHWAL MURID

PK HAL EHWAL MURID

ABDOLL KADER BIN OSMAN

PK KOKURIKULUM

PK KOKURIKULUM

FAIZUL BIN MOHD NOOR

Lagu Sekolah

Sk Tanjong Bako
Tersergam mercu tanda
Mendidik anak bangsa
Membentuk jati diri
Gemilangnya harapan kami

SK Tanjong Bako
Indahnya kemegahan kami
Berdisiplin tinggi
Kemahiran ICT
Nurani Kejayaan

Berilmu, beriman, bertakwa
Berbakti berhemah tinggi
Rajin dan berusaha
Panduan hidup kami

SK Tanjong Bako
Melahir cendiakawan
sukan dan pembangunan
untuk bangsa negara

Ya Tuhan Berkatilah..
Ya Tuhan Lindungilah..

Analisis Murid SK Tanjong Bako

Updated april/2020

Pra Sekolah - 22 orang
Tahun 1 - 24 orang
Tahun 2 - 37 orang
Tahun 3 - 22 orang
Tahun 4 - 26 orang
Tahun 5 - 25 orang
Tahun 6 - 22 orang

JUMLAH : 178 orang

Translator

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PENDIDIK BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

PASUKAN SK TANJONG BAKO 2017

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

TEAM SK TANJONG BAKO 2018

MUAT TURUN