Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2017, sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat untuk murid-murid dan ibubapa tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438 hijrah. Syarikat Enang Sari telah menyumbang makanan dan minuman pada malam tersebut. Syarikat RizQiy Engineering juga telah menghulurkan sumbangan untuk santapan selepas solat terawih. Dengan adanya kerjasama dari syarikat tempatan , yang membantu serta menghulurkan pelbagai bantuan seperti ini, maka program yang dirancangkan oleh PIBG serta Panitia Pendidikan Islam tersebut berjalan lancar. Berikut adalah merupakan pengisian aktiviti pada majlis tersebut:
- Bacaan Yassin & Tahlil
- Berbuka Puasa & Solat Maghrib
- Makan Malam (Sumbangan Enang Sari)
- Solat Isyak, Solat Hajat & Solat Terawih
- Jamuan Malam (Sumbangan RizQiy Engineering)
- Bersurai
Terima kasih kepada syarikat penyumbang, ibubapa yang hadir, guru-guru serta pibg yang telah bersama-sama memeriahkan majlis ini. Penglibatan semua termasuk komuniti pesekitaran, dan masyarakat setempat sangat bermakna bangi kami khususnya warga sekolah.
Guru / Pibg Menyediakan Bubur Asyura
Pengisian Program
Suasana Makan Malam
Terima Kasih
Sekalung Budi Setulus Hati
0 comments:
Post a Comment