Antara Aktiviti gotong royong ini ialah:
1- membina semula titi kayu untuk ke bilik guru dengan menukar kayu berlian supaya ia kukuh. Titi yang dibuat dulu telah reput kerana dibuat dengan kayu yang mudah reput.
2- Menukar papan lantai di koridor blok B yang telah reput akibat terdedah kepada cuaca. Ini membahayakan murid-murid untuk menuju ke bilik darjah.
3- Menanam bunga dalam pasu.
4- Menambah atap di tempat 'stage' di tepi bilik tahun 1 supaya lantai tahan lama. Tangga juga akan ditukar dengan kayu berlian.
5- Membuat Rak dalam pusat sumber dan bilik media untuk menyusun bahan bantu mengajar.
Selain itu pada hari tersebut juga pihak ibu bapa akan menerima duit KWAMP 2008 sebanyak rm250 seorang. Ini bagi kegunaan anak mereka untuk membeli keperluan pembelajaran di sekolah.
0 comments:
Post a Comment